Tuesday, 6 October 2015

Sebelum Backpacking ke Turki


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Hmmm.. walaupun dah 2 bulan balik dari travel, rindu tu masih tak hilang lagi. Kalau tengok tv, cerita pasal turki, tak kira la telenovela ke, dokumentari ke, sume aku nak tengok. Hebat jugak penangan bumi ni ye.

Pasal aku pun paham perasaan first timer orang nak travel backpacking jauh2 sampai Turki without travel agent, sebab tu aku tulis blog ni. Soalan pertama,

Senang ker backpacking ke Turki ni??

Korang ghase cemana?

Sebenarnya ok je travel sesorang kat Turki ni. InsyaAllah selamat. Tapi make sure korang penuhkan ilmu didada laa.. Jangan main terjah je. At least, usha la dulu, transportation yang ada kt tempat korang nak pergi tu. Kalau nak ke tempat tu naik apa, berapa cost. Hotel yang korang nak duduk tu kat kawasan mana, menapak tak dari drop point public transport yang korang naik tu..

Senang cerita macam ni, korang kena ambik tahu pasal,

1. Flight ticket
-opkos la ni paling penting. Ni korang kena beli dulu, baru google yang lain.
-aku biasa usha tiket murah kat skyscanner, tak pun korang subscribe je airlines yang ko berkenan, satgi depa  hantar notify tiket2 murah/ offer.

# aku naik Emirates

2. hotel/ hostel/ guesthouse
-cari online sebelum pergi. Senanggg. boleh tempah kat agoda atau booking.com.. Aku prefer booking.com sebab senang nak review dan takde booking charge. Tapi compare la jugak harga.
 -nak pilih depends dekat budget. Nak yang kawasan main attraction dekat, bak kata orang putih, lempar batu jauhnya, budget kenalah banyak. Kalau kau jenis backpacker sejati, hostel pon boooleh, jimat!
- jarak tempat tinggal korang dari public transport
-** penting sangat2 hokey untuk korang review comment2 orang pasal tempat yang korang book tu. Boleh review kat tripadvisor atau kt website yang sewaktu dengan nye. Jangan korang percaya bulat2 dekat review kt website korang tempah hotel tu.

#Istanbul-Starlet Hostel (recommended)
  Istanbul- Istanbul Downtown Hostel
  Goreme- Terrace House 
  Pamukkale- Mustafa Hotel

3. Attraction Spot

4. Transportation kat sana
- Aku pegi Turki, sume naik public transport. Memang senang. tak yah lah sampai tahu semua nama syarikat kat sana. just on the surface. For example, sampai2 airport ada transport apa nak gi hotel yang korang tempah. Nak gi attraction places, what kind of transport available, at what station.
- kalau korang nak advance, boleh check harga sekali kt website public transport tu. (ni aku buat..hahaha..mostly dorang punye website bahasa turki semata-mata, dan aku terpaksa google translate satu2 perkataan..-,-'' )
tapi bila dah sampai sana, aku rase x perlu pon sampai tahu sume harga tu. Sighhh..

InsyaAllah ni jelah kot yang penting sebelum pergi backpacking ke Turki. Kalau korang pergi dengan travel agent, x yah pikir dah sume ni, bayar duit, goyang kaki,tunggu je orang bawak pegi mana2.. Tapi anda akan hilang satu nikmat, nikmat meneroka dan mengembara ;)





No comments:

Post a Comment